Kenapa memperkenalkan makanan kepada bayi itu penting?

Pada awalnya, semua bayi minum susu formula atau susu badan sahaja untuk memenuhi keperluan nutrien untuk tumbesaran mereka. Tetapi, mereka akan mencapai satu peringkat dimana susu badan atau susu formula tidak mencukupi untuk membekalkan semua nutrien yang mereka perlukan. Oleh itu, untuk menampung keperluan nutrien mereka, beberapa tambahan makanan diperkenalkan kepada bayi secara berperingkat. Terutama sekali, bayi pramatang, kerana mereka memerlukan perancangan yang teliti terhadap nutrien dalam makanan mereka, untuk memastikan mereka terus membesar dengan baik.

 Rasa dan tekstur baru yang diperkenalkan kepada bayi menggalakkan bayi untuk makan pelbagai jenis makanan. Ia dapat membantu bayi anda mengamalkan diet yang seimbang apabila dewasa. Semua bayi akan mempunyai kemahiran untuk mengunyah, menelan dan menghadam pelbagai makanan seperti orang dewasa secara berperingkat. Makanan pepejal membantu bayi berlatih untuk menggerakkan bibir, lidah dan rahang mereka. Makan bersama juga dapat membantu bayi kerana bayi boleh belajar kemahiran untuk makan dengan melihat orang lain makan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya kenalkan makanan kepada anak saya?

Bagi bayi yang dilahirkan normal, ibu bapa boleh memperkenalkan makanan pepejal kepada mereka apabila mereka mencapai umur 4 hingga 6 bulan.

 Bagi bayi pramatang, banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk memperkenalkan makanan kepada bayi pramatang. Walaubagaimanapun, para pengkaji bersetuju bahawa sangat sukar untuk memilih satu umur yang sesuai untuk mula kenalkan makanan pepejal kepada semua bayi pramatang kerana situasi setiap bayi pramatang adalah berbeza-beza. Oleh itu, anda mestilah melihat tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi anda yang menandakan bahawa mereka telah bersedia untuk belajar makan makanan pepejal. Setiap bayi menunjukkan tanda-tanda pada peringkat yang berbeza. Dibawah adalah contoh tanda-tanda yang penting untuk diperhatikan.

Lihat jika bayi anda boleh …

  • Menyokong kepala mereka dengan stabil
  • Menyokong diri sendiri dalam keadaan duduk. Bayi pramatang mungkin memerlukan sokongan tambahan
  • Menunjukkan minat apabila orang lain makan
  • Cenderung ke hadapan dan buka mulut mereka ke arah sudu atau makanan.
  • Meletakkan benda ke mulut mereka dan mengunyah

Bayi anda mungkin menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda ini lebih awal dari yang lain, tetapi anda disarankan untuk menunggu sehingga anda melihat beberapa tanda lain sebelum mula memperkenalkan makanan pepejal.

Jika bayi anda memerlukan lebih banyak susu pada waktu malam, ia tidak semestinya menandakan bahawa mereka telah bersedia untuk belajar makan makanan pejal. Ini menunjukkan bahawa bayi anda semakin membesar. Anda juga tidak perlu menunggu sehingga bayi anda mempunyai gigi atau mencapai berat tertentu sebelum memperkenalkan makanan pepejal.

 Sesetengah pakar kesihatan mengatakan bahawa usia paling muda untuk memperkenalkan makanan pepejal adalah pada umur 4 bulan yang telah diubahsuai. Ini kerana mereka mungkin tidak bersedia untuk makan makanan lain selain susu sebelum usia ini. Sesetengah pakar kesihatan mengatakan bahawa bayi pramatang sering menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka sudah bersedia untuk makan makanan pepejal di antara umur 5 hingga 6 bulan yang telah diubahsuai.

 Jika anda memperkenalkan banyak makanan yang berbeza kepada bayi anda semasa berumur 4 bulan yang diubahsuai, ia boleh menyebabkan anak anda mengalami ekzema iaitu kulit gatal, kering, mengelupas dan kemerahan. tetapi, jika anda menunggu sehingga bayi anda berumur lebih dari 6 bulan yang diubahsuai, anda mungkin akan terlepas waktu yang terbaik untuk anak anda belajar kemahiran tersebut kerana mereka mungkin kurang berminat untuk mencuba perisa dan tekstur baharu.

​Bayi lebih bersedia untuk mencuba perisa dan tekstur baharu semasa mereka berumur antara 5 hingga 6 bulan. Jika anda menunggu terlalu lama untuk memperkenalkan makanan kepada bayi anda, ia mungkin akan mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan dan tumbesaran anak anda. Hal ini mungkin disebabkan, bayi anda memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membesar ataupun mereka perlu belajar kemahiran untuk makan seperti menyelaraskan tangan dan mulut dan menggunakan mulut dan lidah mereka semasa menggunakan cawan atau sudu

 Anda dinasihatkan untuk melihat kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi anda berbanding terlalu fokus kepada umur yang diubahsuai bayi anda. Hal ini kerana perkembangan seseorang bayi berbeza dengan bayi lain. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk pakar pemakanan atau doktor jika anda tidak pasti bila ingin mula memperkenalkan makanan kepada bayi anda.

Bagaimana patut saya mula memperkenalkan makanan kepada bayi saya?

​1. Menyediakan bayi anda.

 Bagi memudahkan anda, mungkin anda boleh memilih waktu semasa anak anda tidak terlalu lapar atau letih. Anda boleh memberi beberapa makanan kepada bayi anda untuk disentuh dan merasa. Mereka mungkin akan bermain dengan makanan, ia merupakan bahagian penting dalam belajar bagaimana untuk memakannya.

 Pada awalnya mereka mungkin akan meludahkan kembali makanan yang dimakan, kerana mereka tidak biasa dengan tekstur baru dan menyebabkan keadaan menjadi berterabur atau kotor. Namun, ini adalah perkara biasa, dan anda boleh menggalakkan bayi anda untuk terus makan kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk bayi anda. Anda boleh memulakan dengan satu kali makan sehari dan melihat bagaimana bayi anda bertindak balas. Pilih waktu terbaik untuk anda dan bayi anda.

​2. Memastikan bayi anda duduk dengan selesa

Memastikan kedudukan bayi anda dalam keadaan selesa adalah penting semasa mencuba makanan baharu. Kedudukan makan yang terbaik adalah apabila bayi anda dapat:

  • Bawa tangan mereka bersama-sama
  • Disokong untuk duduk tegak
  • Menyokong kepala mereka dengan mudah

 Kedudukan yang terbaik untuk anda pula adalah apabila anda duduk dihadapan bayi anda dan anda dapat menunjuk cara untuk makan kepada bayi anda. Sentiasa pastikan bayi anda disokong supaya mereka boleh duduk tanpa tergelincir . jangan meninggalkan bayi anda makan sendirian. Apabila bayi anda semakin membesar, letakkan bayi anda di kerusi yang lebih tinggi dan mempunyai tempat letak makanan, ia dapat membantu bayi anda untuk memegang makanan dan menyuap diri sendiri.

​Anda perlu ingat bahawa ini adalah proses untuk kenalkan makanan pejal kepada bayi anda secara beransur-ansur. Anda perlu meneruskan memberi susu badan atau suapan susu formula kepada bayi anda. Pastikan anda berbincang dengan pakar pemakanan anda tentang keperluan pemakanan tambahan untuk bayi anda.

Makanan apa yang patut anak saya makan ?

Untuk permulaan, anda boleh menyediakan makanan yang lembut atau berair sedikit untuk anak anda. Sebaiknya anda menyediakan makanan yang dbuat sendiri untuk anak anda berbanding beli makanan yang sudah siap di kedai, kerana lebih mudah untuk anda memastikan makanan yang disediakan mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh anak anda.

Sekiranya anda menggunakan makanan bayi yang dibeli di kedai, pastikan anda memeriksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Makanan bayi mestilah mengandungi protein, dan tidak mengandungi garam atau gula tambahan. Makanan yang dijual di kedai biasanya dijual dalam lingkungan umur yang berbeza. Jadi, Ini boleh anda keliru dan anda tidak tahu bagaimana untuk menggunkannya kerana bayi anda dilahirkan lebih awal.

 Anda tidak perlu menyediakan makanan lengkap untuk bayi anda. Lebih mudah bagi anda untuk cuba memberi satu makanan terlebih dahulu dan lihat reaksi anak anda. Kemudian, mencuba makananlain selang beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan makanan yang anda pilih bermula dengan makanan yang seimbang, tetapi juga mengandungi tenaga yang cukup untuk bayi anda. Sebagai contoh, memberi anak anda makan sayuran berkanji seprti kentang kerana ia tinggi dengan nutrisi dan tenaga.

​Memperkenalkan lebih banyak makanan

Selepas beberapa minggu pertama, anda boleh memperkenalkan pelbagai makanan dan, jika anda telah memulakan dengan makanan halus yang lembut, anda boleh memperkenalkan makanan yang bergumpal atau berketul tetapi lembut. Jika anda telah memberi makan kepada bayi anda dengan sudu, anda boleh mula menggalakkan mereka untuk makan sendiri dengan menggunakan tangan mereka.

Vitamin dan Zat Besi

Semakin mereka membesar, semakin banyak nutirien yang diperlukan untuk memastikan mereka terus membesar. Oleh itu, keperluan vitamin dan zat besi juga semakin banyak. Anda boleh berikan makanan bayi yang tinggi zat besi kepada anak anda. Walaubagaimanapun, zat besi dari makanan yang diserap oleh bayi anda masih sedikit, oleh itu, anda boleh sediakan bersama dengan makanan yang tinggi vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi dengan lebih banyak.

Sumber vitamin C yang terbaik adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jus buah adalah bagus, tetapi, jangan berikan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan anak anda cirit-birit. Ia juga akan menyebabkan anak anda mengambil tenaga yang berlebihan daripada yang sepatutnya mereka ambil dan mereka tidak mahu makanan berkhasiat lain.

Bagaimana dengan alahan kepada makanan?

​Bagi mengelakkan alahan berlaku atau memudahkan mengenalpasti makanan yang memberi reaksi alahan, anda dinasihatkan untuk mengenalkan satu jenis makanan dalam satu masa dalam kuantiti yang sedikit setiap hari selama 3 hingga 5 hari sebelum tukar ke jenis makanan yang lain.

 Sebagai contoh, anda memberi nasi kepada anak anda, kerana nasi adalah makanan yang kurang berisiko untuk menyebabkan alahan. Selepas 5 hari, anak anda tidak menunjukkan reaksi alahan, anda ingin memberi telur. Jika terdapat reaksi alahan, anda mestilah berhenti memberi makanan tersebut kepada bayi anda sebelum memberi makanan yang seterusnya.

Bagaimana jika bayi saya tidak mahu makan?

Semua bayi akan menolak makanan pada beberapa peringkat. Ini boleh disebabkan oleh:

  • Makanan terlalu panas atau sejuk
  • Bayi anda berasa kurang sihat
  • Bayi anda letih
  • Bayi anda sudah kenyang
  • Makanan yang tajam atau rasa pahit
  • Mereka belum pandai mengunyah lagi, bermakna mereka meludah makanan keluar kerana mereka masih menggunakan kemahiran menghisap mereka seperti menghisap susu. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bayi yang lebih tua lebih cenderung untuk menolak makanan baru.

Anda boleh memulakan dengan makanan yang sedikit, terutama jika anda mencuba makanan baru. Sekiranya mereka tidak menyukai makanan tersebut, anda boleh mencuba memberikannya selepas beberapa kali waktu makan. Jangan memaksa bayi anda untuk makan pada satu-satu masa, tetapi sentiasa memberikannya kepada mereka dan lihat reaksi mereka. Walaupun anda mungkin berasa bimbang kerana mengambil masa terlalu lama untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda. Tetapi, anda tidak sepatutnya memaksa bayi anda makan. Hal ini kerana, bayi yang sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal lebih selesa, dan mempunyai selera yang baik berbanding dengan bayi yang diberi makan apabila mereka tidak sedia.

Kadang-kadang, bayi lebih berminat untuk mencuba makanan yang berada di pinggan orang lain, oleh itu, anda boleh menggalakkan lagi dengan membawa anak anak bersama ketika waktu makan dengan ahli keluarga yang lain. Jika anda berasa susah untuk menggalakkan anak anda untuk mencuba makanan pejal, Singkatkan waktu makan supaya anak anda tidak penat atau gelisah.

Minuman mana yang boleh saya berikan kepada bayi saya?

Memberi Susu

Apabila anda mula memberikan makanan pejal kepada bayi anda, itu tidak bermaksud yang anda perlu berhenti memberi susu kepada anak anda. Memberi susu badan atau susu formula kepada anak anda adalah penting sehingga mereka makan makanan pejal sahaja.

Minuman lain

Sebelum bayi anda berusia enam bulan yang disesuaikan, anda boleh memberikan bayi anda air didihan yang disejukkan dalam bekas atau cawan pada waktu makan. Selepas berumur enam bulan disesuaikan, anda tidak perlu mendidih air lagi. Memberi air kepada bayi anda adalah sangat penting semasa cuaca panas untuk mengekalkan kandungan air dalam badan dan mengelak bayi anda dari sembelit. Jika anda memberikan jus kepada bayi anda, pastikan ia sangat cair (lebih daripada garis panduan pengeluar, yang dicadangkan untuk orang dewasa). Pastikan bayi anda tidak kenyang dengan minuman tersebut kerana Ini mungkin membuatkan mereka kurang berminat untuk makan. Anda boleh menawarkan susu lembu untuk bayi pramatang anda dari sekitar 12 bulan. Mereka juga memerlukan vitamin A, C dan D tambahan sehingga usia lima tahun. Anda boleh membeli ini di farmasi berdekatan.

Menggunakan cawan

Belajar kemahiran minum dari cawan adalah penting bagi bayi anda, anda boleh memberikan cawan untuk diminum pada usia enam hingga lapan bulan yang disesuaikan. Susu formula masih boleh diletakkan di dalam botol susu. Anda digalakkan untuk memberi cawan biasa kepada anak anda berbanding cawan yang ada penutup. Jika anda menggunakan cawan yang ada penutup anak anda akan menggunakan kemahiran menghisap dengan lebih lama berbanding mencuba kemahiran baru.

Gigi bayi anda

Terlalu banyak gula dan asid dalam makanan anak anda boleh menyebabkan kerosakan gigi. Cuba hadkan pengambilan gula dalam makanan bayi anda. Ini termasuk mengehadkan pemberian jus buah kepada bayi anda. Pastikan jus buah yang hendak diberikan kepada anak anda adalah cair.

Walaupun bayi anda belum mempunyai gigi, anda masih boleh membersihkan mulut mereka dengan menggunakan berus bayi dan sedikit ubat gigi. Anda digalakkan untuk melakukannya jika anda telah mula memperkenalkan makanan yang mengandungi gula.

Perkara yang perlu anda ingat

​Terdapat banyak pilihan untuk mengenalkan makanan pejal kepada bayi anda, jadi, terdapat beberapa perkara yang anda mesti ingat.

Perkara yang boleh anda lakukan:

Beri bayi anda makanan yang pelbagai perisa dan tekstur seawal mungkin. Ini membantu bayi anda terbiasa dengan pelbagai jenis makanan dan boleh membantu anda untuk memastikan diet mereka seimbang.

Cuba gunakan sebanyak mungkin makanan yang dimasak di rumah. Ini adalah cara paling mudah untuk memastikan nutrien yang ada dalam makanan. Anda juga boleh meletakkan waktu makan bayi bersama dengan waktu makan dengan ahli keluarga yang lain.

Perkara yang perlu dielakkan:

Menambah pepejal pada botol bayi anda. Bayi tidak mampu mengawal kedua-dua cecair dan pepejal dalam mulut mereka dengan selamat, mereka mengambil masa untuk belajar mengawalnya.

Menambahkan gula atau garam kepada makanan atau air untuk rebus makanan. Setiap makanan mempunyai gula dan garam semulajadi yang mencukupi untuk bayi.

Menambah madu dalam makanan sebelum bayi anda berusia setahun. Terdapat sedikit risiko untuk bayi anda mendapat jangkitan di perut.

Memberi kacang, anggur atau apa-apa makanan kepada anak anda, yang boleh menyebabkan mereka tercekik.