Kenapa bayi pramatang memerlukan tenaga tambahan?

​Susu badan anda adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tetapi dengan hanya memberi susu badan masih tidak mencukupi untuk tumbesaran mereka. Jika mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi, ia akan menyebabkan gangguan pada fungsi kognitif (mental) dan buah pinggang mereka.

3 bulan terakhir semasa temoh mengandung adalah penting kerana pada masa ini banyak nutrien seperti kalsium, zat besi, vitamin yang diperlukan oleh bayi dipindahkan dari badan ibu kepada bayi. Oleh itu, bayi pramatang tidak dapat menyimpan nutrient yang mereka perlukan semasa berada di dalam rahim kerana dilahirkan awal.

Jadi, bayi pramatang memerlukan nutrisi tambahan untuk membesar dengan baik. Susu badan sahaja tidak mencukupi untuk keperluan pemakanan bayi anda kerana:

Kalori dan protein yang tidak mencukupi untuk tumbesaran awal yang optimum pada 20 kcal / 30ml.

Natrium yang tidak mencukupi. Natrium adalah salah satu elemen yang penting untuk mengawal tahap air dalam badan. Tetapi, bayi pramatang telah kehilangan banyak natrium yang boleh menyebabkan mereka kekurangan air di dalam badan.

Kalsium atau Fosfat yang tidak mencukupi. Bayi pramatang terdedah kepada osteopenia. Osteopenia adalah keadaan dimana jumlah kalsium dan fosfat dalam tulang tidak mencukupi. Hal ini akan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh.

Vitamin dan Zat besi yang tidak mencukupi. Zat besi penting untuk perkembangan otak bayi serta menghasilkan darah baru.

Human Milk Fortifiers (HMF)

Human Milk Fortifier (HMF) ditambahkan ke dalam susu ibu dan menyediakan nutrisi tambahan dan memenuhi keperluan bayi pramatang yang sedang membesar.​Doktor atau pakar diet bayi anda akan mengesyorkan anda untuk menggunakan HMF untuk seketika. HMF adalah tenaga tambahan dalam jangka masa pendek yang ditambah di dalam susu ibu. Kajian menunjukkan bahawa HMF ini dapat membantu menaikkan berat badan, panjang dan ukuran lilitan kepala bayi dalam jangka masa pendek. Ia juga dapat menguatkan tulang dan perkembangan kognitif bayi pramatang.

HMF mengandungi kalori tambahan, protein, mineral dan vitamin bagi memenuhi keperluan bayi pramatang yang tinggi untuk membesar dengan cepat dan kuat.

HMF disyorkan untuk ditambah dalam susu badan kepada bayi yang dilahirkan sebelum tempoh kehamilan mencapai 32 minggu atau bayi yang mempunyai berat badan kurang daripada 1500gram (1.5kg)

HMF boleh ditambah apabila bayi anda telah minum sebanyak 100ml/kg/hari. sebagai contoh, berat bayi anda adalah 1.7kg, jadi anda boleh menambah HMF apabila bayi anda telah minum sebanyak 170ml dalam sehari

 

HMF boleh dimulakan dengan kepekatan 1 sachet untuk 50ml susu. Jika bayi anda boleh menerimanya dalam masa 2 hari (48 jam), anda boleh tingkatkan kepekatannya kepada 1 sachet untuk 25ml susu.

​Setiap jenama mungkin mempunyai kepekatan yang berbeza, pastikan anda memeriksa cara penyediaan yang disediakan terlebih dahulu.

Contoh Produk HMF

Susu formula khas

Bayi pramatang juga boleh menggunakan susu formula khas semasa mereka berada di hospital. Susu formula khas mengandungi lebih banyak kalsium dan protein berbanding susu formula biasa. Tetapi, mereka mungkin perlu mengambil suplemen tambahan untuk beberapa nutrien tertentu, termasuklah vitamin A, C, dan D, dan asid folik. Jururawat atau pakar diet di NICU akan mengesyorkan susu formula yang terbaik untuk bayi anda dan suplemen tambahan yang diperlukan..

 Selepas pulang ke rumah, bayi anda mungkin mempunyai susu formula yang disyorkan untuk beberapa bulan pertama. Susu formula ini khas untuk bayi pramatang, susu ini mempunyai lebih banyak nutrien berbanding susu formula biasa. Bayi anda boleh terus menggunakan susu ini sehingga dia bersedia untuk memulakan susu formula biasa.

Contoh Produk Susu Formula Khas bagi Bayi Pramatang

Komponen yang ada dalam setiap susu yang berbeza

Minyak MCT

Selain dari HMF, terdapat satu lagi sumber sebagai tenaga tambahan untuk bayi pramatang iaitu lemak MCT (Medium Chain Triglyceride). Lemak MCT berada dalam kategori lemak. Lemak mempunyai banyak bentuk, antaranya adalah lemak yang mempunyai rantaian yang panjang (LCT), yang sederhana (MCT) dan yang pendek (SCT). Rantaian lemak yang panjang mengambil masa yang lama untuk dihadam di dalam perut sebelum diserap masuk ke dalam badan untuk dijadikan sumber tenaga.

Tetapi rantaian lemak sederhana iaitu lemak MCT boleh diserap terus dalam badan tanpa memerlukan proses penghadaman di perut. Oleh itu, lemak MCT dipilih untuk diberikan kepada bayi pramatang. Hal ini kerana, sistem penghadaman bayi pramatang masih tidak matang dimana jus yang diperlukan untuk menghadam lemak masih sedikit akan tetapi mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk membesar dengan segera. Kajian menunjukkan, bayi pramatang yang mengambil lemak MCT mendapat banyak kebaikan seperti berat badan bayi bertambah,

Walaubagaimanapun, jumlah yang diberikan kepada bayi pramatang dihadkan supaya tidak membebankan hati bayi pramatang, kerana lemak MCT akan diproses di hati bayi pramatang. Pengambilan lemak MCT terlalu lama boleh merosakkan hati dan buah pinggang. Anda dinasihatkan untuk rujuk doktor dan pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum memberikan lemak MCT kepada bayi anda. Pakar akan menentukan sama ada bayi anda memerlukan lemak MCT ataupun tidak.