Susu yang terbaik untuk anak anda semestinya susu badan. Tetapi, sesetengah wanita mungkin mengalami kesukaran untuk mengeluarkan susu yang mencukupi untuk anak mereka kerana bayi pramatang memerlukan tenaga yang tinggi berbanding bayi lain. Oleh itu, ibu bapa mengambil keputusan untuk memberikan susu formula kepada anak mereka jika susu badan tidak mencukupi. Tiada masalah untuk menggantikan susu badan dengan susu formula, tetapi anda mestilah memberikan susu formula yang betul kepada anak anda.

Jenis susu formula untuk bayi pramatang

 Terdapat 2 jenis susu formula untuk bayi pramatang, iaitu :

SUSU FORMULA PRAMATANG : ​untuk bayi yang dilahirkan sebelum tempoh kehamilan mencapai 32 minggu atau berat badan bayi semasa lahir kurang dari 1500 grams.

SUSU FORMULA NORMAL : untuk bayi yang dilahirkan selepas tempoh kehamilan mencapai 32 minggu atau berat badan bayi semasa lahir lebih dari 1500 grams.

Mengapa perlu menggunakan susu formula khas?

Semasa tahun tahun awal bayi pramatang, tumbesaran mereka sangat penting dimana mereka memerlukan tenaga dan protein yang tinggi untuk membesar dengan cepat agar mereka dapat mengejar berat dan tinggi yang ideal selari dengan kawan-kawan yang sama umur dengan mereka.

Oleh itu mereka memerlukan tenaga dan protein yang tinggi untuk tumbesaran mereka. Jika mereka minum susu formula biasa, mereka perlu minum lebih banyak susu berbanding bayi normal. Persoalannya adalah, berapa banyak susu yang anak anda dapat minum dalam sehari?.

Jika menggunakan susu formula khas, anak anda perlu minum susu seperti biasa kerana ia mempunyai tenaga dan protein yang tinggi berbanding susu formula biasa.

 

Perbezaan Susu Formula Biasa dengan Susu Formula Bayi Pramatang

Cadangan susu formula khas

Disini terdapat beberapa cadangan susu formula khas untuk bayi pramatang. Anda boleh tekan jenama dibawah untuk pergi ke laman web mereka bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk susu formula bayi pramatang tersebut.

​1. SIMILAC NEOSURE

2.ENFALAC A+ FORMULA PRAMATANG

3.NESTLE PRE NAN RUMUSAN KHAS PRAMATANG

​Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan anak anda untuk membincangkan tentang susu formula yang sesuai untuk anak anda.