Kolostrum: Susu Ibu Pertama

Kekerapan Menyusu Bayi

 

Bayi baru lahir seharusnya diberi susu secara mengikut permintaan bayi atau ‘on demand‘. Ini adalah berbeza bagi setiap ibu dan anak mereka kerana masing-masing masih dalam fasa penyesuaian diri.Cuba kenali corak penyusuan bayi anda dengan mencuba menyusukan bayi anda sebelum bayi menangis kelaparan.

Penyusuan Ekslusif

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan ekslusif ini hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, mengikut WHO (World Health Organization)  dan UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menyarankan perkara-perkara yang berikut :
i)     Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa setengah jam pertama selepas kelahiran bayi.
ii)    Penyusuan eksklusif iaitu bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air
        masak.
iii)   Menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi.
iv)   Tiada penggunaan botol atau puting tiruan diperkenalkan kepada bayi dalam tempoh tersebut.
v)   Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan
       oleh bayi tersebut

Memerah susu badan dengan tangan

Sesetengah wanita berasa lebih senang untuk memerah susu dengan tangan daripada menggunakan pam, terutamanya dalam beberapa hari atau minggu pertama. Oleh itu, anda tidak perlu membeli atau meminjam pam ataupun bergantung kepada bekalan elektrik.

Memerah menggunakan tangan membolehkan anda mengalir susu dari bahagian tertentu payudara. Ia mungkin memberi kelebihan kepada anda, sebagai contoh, anda boleh memerah menggunakan tangan apabila salah satu saluran susu dalam payudara anda tersekat.

Tips memerah susu badan dengan tangan

1. Basuh tangan

Sebelum anda mula, basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan air suam.

Jika anda menggunakan air sejuk, tunggu sebentar sehingga tangan anda jadi hangat, kerana tangan yang sejuk mengambil masa lebih lama semasa proses memerah susu berbanding tangan yang hangat.

2. Urut dan tuam

Urut payudara anda sebelum memulakan proses perahan mungkin dapat membantu untuk meningkat kan alirkan susu.

Selain itu, anda juga boleh tuam payudara anda dengan air suam selama 2 minit

3. Duduk tegak

Posisi ini lebih selesa dan membantu proses memerah susu.

Jika anda dalam posisi baring atau berdiri susu yang dihasilkan mungkin tidak banyak.

4. Buat bentuk “C”

Pegang payudara anda dengan satu tangan.

Kemudian, tangan yang lain membuat bentuk “C” dengan jari telunjuk dan ibu jari anda.

Ubah kedudukan jari anda mengikut keselesaan dan saiz payudara anda.

5. Berikan tekanan sedikit

Picit dengan perlahan.

Pastikan jari anda dekat dengan kawasan yang lebih gelap di sekitar puting (areola) tetapi bukan di atasnya (jangan picit di kawasan puting kerana anda boleh membuatnya sakit).

Proses ini sepatutnya tidak menyakitkan. Pastikan jari anda sentiasa rapat untuk memastikan keberkesanan proses memerah susu

6. Gerakan Membulat

Pastikan anda membuat gerakan membulat sekitar areolar.

Elakkan meluncurkan tangan anda ke areolar.

Mampatkan payudara anda dengan gerakan membulat.

Kemudian berehat dan ulang semula.

Anda dapat bina irama semasa memerah susu iaitu picit- mampat dan rehat

7. Kumpulkan susu

Susu anda akan mula mengalir.

Letakkan botol atau bekas yang bersih dibawah payudara anda untuk mengumpul susu anda.

Jika ia tidak muncul, gerakkan ibu jari dan jari telunjuk anda kedepan sedikit tetapi tetap elak kawasan areolar.

8. Ulang sehingga aliran berhenti

Apabila aliran semakin sedikit, gerakkan jari-jari anda ke bahagian yang berbeza, dan ulangi.

Apabila aliran dari satu payudara menjadi perlahan, bertukar ke payudara yang lain.

Sentiasa tukar memerah susu pada kedua-dua payudara sehingga susu yang mengalir semakin perlahan atau berhenti.

Memerah susu dengan pam susu

Terdapat dua jenis pam susu iaitu manual (pam guna tangan) dan elektrik.

Pam manual lebih murah tetapi mungkin tidak secepat pam elektrik. Walaubagaimanapun, setiap wanita mempunyai kecenderungan yang berbeza semasa menggunakan. Oleh itu anda digalkkan untuk mendapatkan nasihat ataupun mencuba dahulu sebelum membeli.

Sesetengah pam elektrik boleh ubah dan sesuaikan kekuatan sedutan. Anda dinasihatkan untuk tinggikan kekuatan perlahan-lahan. Jika anda menetapkan kekuatan pada had yang tinggi, ia mungkin akan menyakitkan atau merosakkan puting anda.

Anda juga boleh mendapatkan saiz corong yang berbeza agar sesuai dengan puting anda. Sepatutnya pam tidak menyebabkan lebam. Sentiasa pastikan pam dan bekas bersih dan disterilkan sebelum anda menggunakannya.

Cara menyimpan susu yang telah diperah

Anda boleh menyimpan susu dalam botol yang bersih atau dalam beg simpanan susu khas.

Menyimpan susu dalam kuantiti yang sikit dalam satu bekas dapat mengalakkan pembaziran.

Selepas perahan dibuat, pastikan anda menulis atau menandakan tarikh perahan pada bekas tersebut untuk memastikan anda memberi susu yang lebih lama diperah dan susu tersebut masih dalam tempoh yang boleh digunakan.

Tempoh penyimpanan susu untuk bayi pramatang adalah seperti berikut:

Mencairkan susu beku

 Susu badan yang telah dibekukan masih baik untuk bayi anda dan ia lebih baik daripada susu formula.

Anda boleh mencairkan susu dengan meletakkan botol susu di dalam bekas berisi air paip dan meninggalkannya semalaman di dalam chiller (kaedah ini lebih baik kerana suhu susu berubah perlahan-lahan) ataupun lalukan botol atau plastik yang berisi susu di bawah air paip (sejuk) yang mengalir sehingga tiada ketulan ais.

Susu yang telah dicairkan hendaklah digunakan dengan segera. JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan.

Memanaskan susu

Anda boleh memanaskan susu yang di simpan di dalam peti sejuk dengan meletakkan botol dalam bekas yang berisi air suam ataupun lalukan botol tersebut dengan air suam.

Jangan panaskan susu atas dapur atau gunakan gelombang mikro (microwave) untuk memanaskan susu kerana khasiat di dalam susu akan hilang dan pemanasan yang tidak sekata akan melukakan mulut bayi anda.

​​Jika anak anda telah minum susu tersebut. Susu mestilah digunakan dalam masa sejam. Lebihan susu mestilah dibuang.

Memberikan cecair selain susu? Perlukah? 

Air kosong tidak diperlukan oleh bayi anda sehinggalah mereka berumur 6 bulan ke atas atau sudah mula untuk makan.Ini kerana  menurut seorang pakar kanak-kanak,jumlah air yang terdapat pada susu ibu dan juga susu formula sudah memadai bagi bayi anda.

Susu ibu mempunyai 88% air yang sudah mencukupi untuk bayi dan air tidak mempunyai sebarang kalori yang dapat membantu meningkatkan tenaga bayi.Jadi,ia tidak diperlukan kerana mungkin akan memberi risiko merbahaya yang lain kepada bayi.