Tenaga yang diperlukan untuk bayi dilahirkan matang adalah sebanyak 110kcal/kg/hari (setiap kilogram dalam sehari).
Manakala, tenaga yang diperlukan untuk bayi pramatang adalah sebanyak 120-140kcal/kg/hari.
Nilai tenaga tersebut bergantung kepada tahap keperluan bayi anda. Ada bayi yang mungkin memerlukan lebih tenaga sehingga 180kcal/kg/hari kerana mempunyai penyakit lain dan faktor lain.
Secara umumnya, tenaga yang diperlukan oleh bayi pramatang lebih tinggi kerana mereka memerlukan lebih tenaga untuk mengejar berat badan yang optimum seperti bayi lain.
Dibawah adalah kalkulator untuk mengira tenaga yang diperlukan oleh bayi anda. Anda perlu memasukkan berat badan terkini bayi anda di ruangan yang disediakan dan memilih tenaga per berat badan untuk bayi anda.
Bayi pramatang memerlukan tenaga yang banyak, tetapi mereka tidak dapat menerima isipadu susu yang banyak dalam sehari. Oleh itu, anda perlulah memekatkan susu sehinggga lebih daripada 24kcal/oz semasa menyediakan susu. Walaubagaimanapun, anda perlulah memastikan sama ada bayi anda boleh menerima tahap kepekatan susu tersebut ataupun tidak.
KARBOHIDRAT
Karbohidrat adalah antara sumber tenaga yang penting. Malah, enzim untuk mencerna karbohidrat dan protein juga ada dalam sistem penghadaman bayi pramatang seperti bayi matang. Anggaran dalam 40% daripada keseluruhan tenaga dalam susu badan dan susu formula adalah datang dari korbohidrat.
Terlalu sedikit sumber karbohidrat akan menyebabkan bayi anda mengalami hypoglycemia manakala terlalu banyak sumber karbohidrat pula boleh memberi kesan kepada penghadaman dan menyebabkan bayi anda selalu kencing atau berak cair. Jadi pengambilan karbohidrat yang disarankan adalah dalam 40%-50% daripada jumlah tenaga yang diambil dalam sehari.
PROTEIN
Pengambilan protein adalah penting untuk tumbesaran bayi pramatang, pretein tambahan diperlukan untuk mengimbangi kembali protein yang keluar melalui urin (air kencing) dan kulit. Oleh itu, bayi pramatag perlu mengambil protein dalam 3.5 hingga 4 g/kg/day
LEMAK
Lemak juga adalah sumber tenaga kepada manusia, malah ia memberi tenaga dua kali ganda berbanding karbohidrat dan juga protein. Pengambilan lemak yang disarankan adalah diantara 40% hingga 50% daripada jumlah tenaga yang diambil dalam sehari.
Disamping memberi tenaga kepada manusia, lemak juga penting sebagai pengangkut yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E dan K yang larut lemak dan membekalkan asid-asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Asid-asid lemak ini akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan Arachdonic Acid (ARA), Docosahexaenic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA) untuk perkembangan otak bayi anda.
Bayi pramatang memerlukan lebih banyak ARA dan DHA daripada bayi matang, kerana semasa 3 bulan terakhir dalam tempoh kehamilan, bayi mengumpul lemak asid ini dalam otak mereka. Bayi pramatang kurang simpanan lemak asid ini kerana lahir lebih awal.