CARTA TUMBESARAN KHAS
- Bayi pramatang mempunyai carta tumbesaran khas untuk melihat kadar tumbesaran mereka. Carta tumbesaran yang digunakan adalah lengkungan pertumbuhan dalam rahim. Carta ini hanya digunakan oleh bayi pramatang yang lahir daripada 22 minggu tempoh kehamilan sehingga 36 minggu 6 hari tempoh kehamilan. Bayi yang lahir pada 37 minggu keatas adalah bayi yang matang.
- Anda boleh pergi ke laman web Infant Chart untuk melihat carta tumbesaran anak anda secara digital. Anda juga boleh memuat turun fail dibawah untuk plot kadar tumbesaran bayi anda. Anda perlu plot berat tinggi dan lilitan kepala bayi anda mengikut tempoh kehamilan anda.
Dibawah adalah contoh untuk plot graf untuk rujukan anda.

Carta ini digunakan untuk membandingkan berat, panjang dan lilitan kepala bayi anda dengan bayi pramatang yang lain. Terdapat 5 garisan pada carta tumbesaran mewakili peringkat persentil iaitu 3 persentil, 10 persentil, 50 persentil, 90 persentil dan 97 persentil. Persentil ini menunjukkan berapa peratus berat/panjang/lilitan kepala kurang daripada bayi lain.
Berdasarkan contoh di atas, berat bayi tersebut pada 42 minggu tempoh kehamilan adalah pada 10 percentil. Ini bermaksud, dalam 100 orang bayi pramatang, bayi ini lebih berat berbanding 10 orang bayi pramatang dalam sampel ini dan kurang berat daripada 90 orang bayi pramatang yang lain.
50 persentil mewakili purata berat, jika nilai kurang dari 50 persentil bermakna berat bayi anda kurang daripada purata berat bayi pramatang dan nilai lebih dari 50 persentil bermakna berat bayi anda lebih daripada purata berat. Ini tidak bermakna bayi anda kurang berat atau terlebih berat.
Anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk menentukan status berat anak anda
Sehingga Bila Carta Tumbesaran Khas ini Boleh digunakan?
Carta tumbesaran tersebut hanya boleh digunakan sehingga 50 minggu tempoh kehamilan. Kemudian anda perlulah menggunakan carta tumbesaran yang digunakan oleh bayi matang. Tetapi, umur yang digunakan adalah umur yang diubahsuai bayi anda. Anda hendaklah menggunakan umur yang diubahsuai sehingga bayi anda berumur:
1 tahun bagi bayi yang lahir pada 32-36 minggu tempoh kehamilan.
2 tahun.bagi bayi yang lahir pada kurang dari 32 minggu tempoh kehamilan.
Dibawah adalah carta tumbesaran daripada World Health Organization (WHO) yang digunakan untuk bayi yang lahir matang. Carta dibawah boleh digunakan sehingga bayi anda berumur 2 tahun. terdapat tiga kategori carta tumbesaran iaitu:
- BMI untuk umur
- Panjang untuk umur
- Berat untuk umur
- Lilitan Kepala untuk umur
Terdapat banyak lagi kategori lain dengan pilihan umur yang berbeza, Anda boleh dapatkan di laman web WHO