Tahukah Anda???
Bayi yang dilahirkan pramatang mempunyai 2 umur iaitu:
1.umur kronologi
2. umur yang diperbetulkan.
Apa itu umur kronologi dan umur yang diperbetulkan?
- Umur kronologi ialah umur bayi selepas bayi dilahirkan.
- Umur yang diperbetulkan pula ialah umur yang dikira selepas tarikh yang sepatutnya bayi anda dilahirkan.
Bagaimana cara untuk mengira umur yang diperbetulkan?
- Umur yang diperbetulkan boleh dikira dengan, umur kronologi bayi anda ditolak dengan bilangan minggu atau bulan bayi anda dilahirkan awal.
- Sebagai contoh. Seorang bayi lelaki berumur satu tahun. Dia telah dilahirkan 3 bulan awal daripada tarikh yang sepatutnya dia dilahirkan. Jadi, umur yang diubahsuai bayi lelaki tersebut ialah sembilan bulan
Anda juga boleh mengira umur bayi anda dengan menggunakan kalkulator dibawah
Arahan :
- Pilih tempoh kehamilan yang sepatutnya bayi anda dilahirkan dan tempoh kehamilan semasa bayi anda dilahirkan
- Anda akan mendapat jumlah minggu bayi anda pramatang.
- Kemudian masukkan umur kronologi bayi anda iaitu umur selepas kelahiran dalam minggu
- Anda akan mendapat umur yang diubahsuai bayi anda dalam minggu dan bulan